This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, 24 September 2013

#DRI4MT - Sokongan Untuk YB Dato' Razali Bin Ibrahim - Calon No. 20


Assalamualaikum, selamat pagi semua......

Pena Siber suka sangat nak perkenalkan Calon MT No. 20 ini. Memang Pena Siber kagum dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini yang kesetiaannya kepada parti amatlah teguh. 

Cerita banyak pun tak guna, Pena Siber harap semua perwakilan UMNO dapat beri sokongan dan undian kepada beliau. Good Luck YB Dato'!!

Biodata YB Dato' Razali Bin Ibrahim
Tarikh Lahir : 14 Oktober 1970
Umur : 38
Tempat Kelahiran : Seri Menanti, Muar, Johor
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Taraf Perkahwinan : Berkahwin dengan 2 anak
Nama Isteri : Melissa Shireen Munshir
Nama Anak : Razmel Razali & Myra Alissa Razali
Pekerjaan : Ahli Parlimen & Peguam


PENDIDIKAN EDUCATION 
  • Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kebun Teh, Johor Bahru
  • Sekolah Kebangsaan TLDM Lumut, Perak Darul Ridzuan
  • Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Kem Terendak, Melaka
  • Matrikulasi Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana muda Undang-Undang), Bangi, Selangor
PENCAPAIAN AKADEMIK 
  • 1994 : LL.B (Hons), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
  • 1995 : Ahli Majlis Peguam Malaysia1995

PENGALAMAN PEKERJAAN (UNDANG-UNDANG)
  • Mei 1993 : Latihan Ilmiah di Mahkamah Tinggi Muar, Johor
  • 21 Jun 1994 - 21 Mac 1995 : Latihan Dalam Kamar di Tetuan Lee Hishammuddin(Peguambela & Peguamcara)
  • 22 Mac - 31 Disember 1996 : Peguam di Tetuan Lee Hishammuddin (Peguambela & Peguamcara)
PENGALAMAN PEKERJAAN (BUKAN UNDANG-UNDANG)
  • Southern Hub Sdn Bhd- Pengarah Director (appointment 13 July 2006)
  • Gabungan Mayang Sdn Bhd - Pengarah Director (appointment 12 Oct 2006)
  • Elco Technologies Sdn Bhd- Pengarah Director (appointment 22 Jan 2007)
  • Menteri Belia dan Sukan - Setiausaha Sulit Private Secretary (resigned 2004)
  • SP Setia Berhad - Pengarah Director (resigned 1999)
  • Ancom Crop Care Sdn Bhd - Pengarah Director (resigned 1999)
  • Voyage Route (M) Sdn Bhd- Pengarah Director (resigned 1999)
  • Prinsip Cergas (M) Sdn Bhd- Pengarah Director (resigned 1999)

POLITIK 

SEKARANG 
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (2008 - 2011)
  • Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor (2004)
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar, Johor (2004)
  • Pengerusi Belia dan Sukan UMNO Bahagian Muar, Johor (2004)
    Bendahari UMNO Cawangan Seri Impian, Bahagian Muar, Johor (1999)
  • Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Seri Impian (1999)
DAHULU 
  • 1995-96 : Ahli Majlis Biro Mahasiswa Pemuda UMNO Malaysia
  • 1994-96 : Ahli Majlis Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia
  • 1996-99 : Ahli Majlis Biro Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda UMNO M’sia
  • 1996-99 : Ahli Majlis Biro Latihan Pemuda UMNO Malaysia
  • 2000 -04 : Bendahari UMNO Bahagian Muar
  • 2001-04 : Pengerusi Biro Sukan UMNO Bahagian Muar
SUKAN
  • Bendahari, Persatuan Petanque Negeri Johor (2001)
  • Penaung Persatuan Bola Jaring Daerah Muar (2003)
  • Yang DiPertua Persatuan Sepak Takraw Daerah Muar (2004)
  • 1987 : Anugerah Khidmat Cemerlang Bola Tampar Bawah 18 tahun
  • 1987 : Khidmat Cemerlang Award MRSM Volleyball Under 18
  • 1989 : Mewakili Pasukan Ragbi N.Sembilan Kebangsaan bawah 23 tahun
  • 1988-94 : Mewakili Pasukan Ragbi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 1993 : Calon Olahragawan Ragbi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 1994 : Anugerah Perak Sukan Ragbi Universiti Kebangsaan Malaysia
SOSIAL
  • Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia mulai Spetember 2008
  • Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa & Pustaka mulai 1 September 2004 hingga 31 Ogos 2010
  • Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia mulai 1 April 2006
  • Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Perpaduan & Khidmat Negara Dewan Rakyat mulai 11 May hingga 14 September 2007
  • Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mulai 18 September 2006 hingga 17 September 2008
  • Penaung Persatuan Belia Jaya Parit Jawa, Muar mulai 2006
DAHULU
  • 1991-92 : Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Uni. Kebangsaan Malaysia
  • 1991-92 : President of Student Union Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 1992-93 : Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Uni. Kebangsaan Malaysia
  • 1992-93 : President of Student Union Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 1991-92 : Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 1991-92 : Members of Student Council Representative, UKM
  • 1992-93 : Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 1992-93 : Members Student Council Representative, UKM
  • 1991-93 : Presiden Kelab Ragbi Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 1991-93 : President of Rugby Club Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGLIBATAN DI PERSIDANGAN& PROGRAM ANTARABANGSA
  • Konvensyen Senjata Kimia, Mesyuarat Tahunan Kebangsaan ke 6, di The Hague, Belanda (24-28 November 2004)
  • Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ke 61, di Geneva, Switzerland (15-24 Mac 2005)
  • ASEAN 100 Leadership Forum 2005, Singapura (28-29 September 2005)
  • Program Jemputan Pelawat Khas Australia 2006 (2-12 Ogos 2006)
  • The 5th General Assembly of The International Parliaments’ Association for Information & Technology – IPAIT (14-19 Januari 2007)
  • Ahli Panel atas tajuk “Human Rights, Democracy & Good Governance” di Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia di Seberang Laut, Istana Hotel Kuala Lumpur (4 April 2007)
  • Menghadiri Mesyuarat Tahunan UNESCO ke 48, Paris, Perancis (15-26 Oktober 2007)
  • Menghadiri Pertikaian Tuntutan Kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge (Malaysia-Singapura) di International Court of Justice, The Hague, The Netherlands (21-23 November 2007)
  • Ahli Panel atas tujuk “Democracy and Global Peace – An International Order” di Persidangan ke-54 Commonwealth Parliamentary Association (CPA) di Kuala Lumpur (1-10 April 2008) 


    sumber: Melaka Insider

Sunday, 22 September 2013

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kemaman Tawar Diri Untuk Calon Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia #UndiCalonNo07

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Petang......

Pena Siber ingin memperkenalkan seorang calon exco Pergerakan Puteri UMNO Malasysia dari Kemaman, Terengganu iaitu Puan Asfalinda Binti Anuar.



Puan Asfalinda binti Anuar merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Terengganu dan juga Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu. Berusia 35 tahun,  telah berkahwin dan menetap di Lubuk Kawah, Kemasek, Terengganu.

Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka & Seni Lukis (Fesyen) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sri Manjung Perak dari tahun 1997 - 2000

Kerjaya beliau ialah Pegawai Khas kepada  Menteri Komunikasi dan Multimedia dan sebelum ini beliau juga menjawat jawatan yang sama kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia dari tahun 2009 - 2013.

Sepanjang beliau menjawat jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman, pelbagai aktiviti dan program yang telah beliau jalankan termasuklah seperti Program Meraikan Anak-Anak Yatim dan Pembahagian Baju Raya, Selain dari itu, pelbagai program sukan yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman yang melibatkan keseluruhan ahli Puteri UMNO dari setiap cawangan di Bahagian Kemaman.



Sebagai Ketua Puteri UMNO yang prihatin, Asfalinda juga sering mengadakan lawatan dan kunjungan terhadap ahli-ahli puteri yang baru melahirkan anak, yang sedang uzur dan sakit termasuk juga kepada rakan-rakan pemuda dan juga warga emas untuk menghulurkan sumbangan dan juga sokongan moral. Keperihatinan beliau ini menjadikan beliau mudah didekati dan disenangi oleh setiap orang.






Selain dari Pergerakan Puteri UMNO, beliau juga aktif dalam persatuan belia dimana beliau menyandang jawatan Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu, Pengerusi Gerakwanis 4B Malaysia Negeri Terengganu, AJK Majlis Belia Negeri, Negeri Terengganu,  Pengerusi II Majlis Belia Daerah Kemaman dan juga AJK Gerakan Belia 4B Malaysia Daerah Kemaman.

Antara jawatan lain yang beliau sandang ialah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu Darul Iman. Pena Siber merasakan yang beliau layak untuk diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawan sebagai Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

#Asfalinda4excoPu3


Terima kasih.....


Undilah Calon Exco Puteri UMNO Malaysia
Asfalinda Bt Anuar Calon No 07

Sumber : MelakaInsider


Tuesday, 2 July 2013

Semakin Kurang Ajar.....

Assalamualaikum WBT, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun

Pena Siber terpanggil untuk share satu penulisan dari blog Melaka Insider yang menyatakan betapa kaum cina ini semakin kurang ajar dalam menghina kesucian agama islam.... Walau dengan apapun alasan, Pena Siber merasakan yang perbuatan ini tidak boleh diterima sama sekali dan kta sebagai umat islam mestilah bersama-sama menentang perbuatan mereka ini.

Blogger jebat (melakainsider) telah menunjukkan betrapa cara mereka ini sangat halus dan telah lama mereka buat untuk menghina agama islam. Selanjutnya sila baca disini Mereka Semakin Kurang Ajar!!

Thursday, 27 June 2013

YAB Ketua Menteri Perjelas Kekeliruan Isu Jonker Walk


Assalamualaikum WBT, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun.....



Beberapa hari ini pemimpin-pemimpin pembangkang terutama parti "biaDAP" di Melaka sibut memutar-belitkan isu Penutupan Jonker Walk.... Mereka ber"kuntau" kesana-sini untuk memainkan isu ini dan mendakwa yang UMNO menggunakan "politik balas dendam" ke atas kaum cina yang secara terang menyokong pembangkang semasa PRU yang lepas. Parti "hamPAS" juga tidak ketinggalan ingin menjadi "Jaguh Kampung" dengan menyelar tindakan kerajaan negeri sehingga ingin menganjurkan perhimpunan di Jonker Walk pada 28 Jun ini....

Berikutan dengan isu ini, Pena Siber mengeluarkan Penjelasan YAB Ketua Menteri yang Pena Siber petik dari Utusan Malaysia bertarikh 26 Jun 2013.

"Kerajaan negeri hanya membuat keputusan membuka semula jalan raya di sekitar Jonker Walk yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam. Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup. Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal hari ini yang memetik dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan pasar Jonker Walk oleh kerajaan negeri Melaka merupakan 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kwong Wah Daily hari Isnin lalu pula memetik kenyataan Idris yang berkata, mesyuarat anggota Exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Mengulas lanjut, Idris berkata, keputusan membuka semula jalan raya yang ditutup itu kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya. 

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan membuka jalan raya yang sebelum ini ditutup di Jonker Walk sebagai percubaan melihat sejauh mana keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang serius di sekitar Bandar Hilir.


Pena Siber: "Pembangkang ni memang sengaja nak menimbulkan huru-hara di negeri Melaka. Sebab mereka dah gagal menumbangkan kerajaan BN secara pilihanraya.... Sendiri mau ingatla orag melayu oiiii....!!!"

Sunday, 23 June 2013

Pengedaran Topeng Hidung & Mulut Secara Percuma Kepada Rakyat - Bukti Kerajaan Negeri Bertanggungjawab

Assalamualaikum WBT......


Hari ini semua sekolah di negeri Melaka telahpun diarahkan tutup berikutan peningkatan ipu jerebu yang sudah melepasi paras bahaya. Kerajaan negeri juga melalui pelbagai agensi telah menyebarkan segala maklumat yang perlu untuk diketahui oleh semua rakyat negeri Melaka.

YAB Ketua Menteri Datuk Wira Ir Hj. Idiris Haron telahpun mengarahkan agar 50,000 topeng Hidung & Mulut diedarkan kepada semua pelajar dan murid sekolah di negeri Melaka bermula dari hari Khamis (20/06/2012) yang lepas dan bersedia untuk menambah jumlah tersebut sekiranya ianya tidak mencukupi. Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga telah membekalkan sebanyak 25,000 topeng tersebut kepada pihak hospital dan 1,000 topeng untuk setiap DUN menjadikan 28,000 topeng untuk 28 DUN di Negeri Melaka ini. Ini menjadikan yang Kerajaan Negeri telah mengedarkan sebanyak 103,000 topeng kepada seluruh rakyat negeri Melaka dan bersedia untuk menambah jumlah tersebut dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Tindakan ini dilakukan berikutan kerajaan negeri sangat prihatin dengan masalah kesihatan yang dihadapi oleh semua rakyat negeri Melaka tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Berbeza dengan parti pembangkang yang tidak pernah melihat kebajikan rakyat sebaik sahaja mereka menang pilihan raya tempoh hari selain dari membuat huru-hara disana sini. Sekiranya mereka benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat, sudah tentulah mereka akan membantu rakyat di DUN yang mereka menang pada PRU13 dulu. Apalah sangat harga sekeping topeng yang boleh mereka sumbangkan pada setiap rakyat walaupun hanya pada pengundi mereka berbanding dengan nilai undi yang telah mereka dapat. Pena Siber dapati harga sekeping topeng tersebut yang dijual di kedai-kedai adalah cuma RM 0.50 sen sahaja dan kalau dibeli secara pukal mestilah harga tersebut akan menjadi lebih murah lagi!!

Perkara seperti inilah yang perlu dinilai oleh rakyat yang mana nampak jelas puak-puak "Perosak Rakyat" ini jelas hanya mahukan kuasa dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat..... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan....

* Si Pendek Perut Buncit Sedap-Sedap Berjalan-Jalan Demo di Kuala Lumpur.... Orang Bukit Katil Menggelupur!!!*

- Pena Siber -

Friday, 21 June 2013

Jerebu Makin Teruk - Keperihatinan Kerajaan Negeri Di Puji

Kerajaan Negeri Melaka mengambil tindakan tepat dengan mengedarkan 25,000 topeng penutup hidung dan mulut untuk kegunaan seluruh murid serta pelajar sekolah di daerah Melaka tengah berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.


Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Haron juga telah mengeluarkan arahan agar semua aktiviti luar murid serta pelajar sekolah hendaklah dihentikan serta merta dan juga mengarahkan agar Tadika Kemas, JAIM serta Perpaduan ditutup serta merta. Sehubungan dengan itu, Jabatan Ketua Meteri juga telah mengedarkan 25,000 Topeng tersebut kepada orang ramai serta Jabatan Kesihatan Negeri turut mengedarkan 25,000 unit topeng lagi untuk tujuan yang sama. YAB Ketua Menteri turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa peka dengan berita serta maklumat yang dikeluarkan oleh semua media dan jabatan yang bertanggungjawab. "Kerajaan Negeri akan menggunakan semua media yang ada termasuk Melaka FM, Melaka One Number Call Centre untuk terus memberikan maklumat kepada rakyat" ujar beliau.

Sementara itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin menyatakan yang bekalan topeng untuk kegunaan pejara dan murid sekolah akan diberikan secara berperingkat kepada semua sekolah di Negeri Melaka. Bekalan akan dihantar mengikut keutamaan kepada sekolah yang lebih memerlukan dahulu terutama di Daerah Melaka Tengah. Beliau turut menambah yang bekalan akan ditambah sekiranya tidak mencukupi. YB Datuk Md Yunos ditemui ketika Majlis Penyerahan 1000 Topeng di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek. Beliau turut menasihatkan agar rakyat dapat menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar rumah, memakai topeng serta banyak minum air masak.













Pena Siber...

*Foto ehsan Melaka Hari Ini*

Salam Perkenalan.........

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.....

Mencari Timba Si Anak Dara,
Dibawah Sarang Burung Tempua,
Salam Sembah Pembuka Bicara,
Selamat Membaca Untuk Semua.

Sayang Kumbang Mencari Makan,
Terbang Seiring Di Tepi Kali,
Setiap Bahan Yang Kami Kongsikan,
Moga Bermanfaat Dan Direstu Ilahi......

Salam Perkenalan,
Pena Siber