Thursday, 27 June 2013

YAB Ketua Menteri Perjelas Kekeliruan Isu Jonker Walk


Assalamualaikum WBT, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun.....



Beberapa hari ini pemimpin-pemimpin pembangkang terutama parti "biaDAP" di Melaka sibut memutar-belitkan isu Penutupan Jonker Walk.... Mereka ber"kuntau" kesana-sini untuk memainkan isu ini dan mendakwa yang UMNO menggunakan "politik balas dendam" ke atas kaum cina yang secara terang menyokong pembangkang semasa PRU yang lepas. Parti "hamPAS" juga tidak ketinggalan ingin menjadi "Jaguh Kampung" dengan menyelar tindakan kerajaan negeri sehingga ingin menganjurkan perhimpunan di Jonker Walk pada 28 Jun ini....

Berikutan dengan isu ini, Pena Siber mengeluarkan Penjelasan YAB Ketua Menteri yang Pena Siber petik dari Utusan Malaysia bertarikh 26 Jun 2013.

"Kerajaan negeri hanya membuat keputusan membuka semula jalan raya di sekitar Jonker Walk yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam. Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup. Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal hari ini yang memetik dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan pasar Jonker Walk oleh kerajaan negeri Melaka merupakan 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kwong Wah Daily hari Isnin lalu pula memetik kenyataan Idris yang berkata, mesyuarat anggota Exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Mengulas lanjut, Idris berkata, keputusan membuka semula jalan raya yang ditutup itu kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya. 

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan membuka jalan raya yang sebelum ini ditutup di Jonker Walk sebagai percubaan melihat sejauh mana keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang serius di sekitar Bandar Hilir.


Pena Siber: "Pembangkang ni memang sengaja nak menimbulkan huru-hara di negeri Melaka. Sebab mereka dah gagal menumbangkan kerajaan BN secara pilihanraya.... Sendiri mau ingatla orag melayu oiiii....!!!"

0 comments:

Post a Comment