Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Selamat Petang......
Pena Siber ingin memperkenalkan seorang calon exco Pergerakan Puteri UMNO Malasysia dari Kemaman, Terengganu iaitu Puan Asfalinda Binti Anuar.
Puan Asfalinda binti Anuar merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Terengganu dan juga Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu. Berusia 35 tahun, telah berkahwin dan menetap di Lubuk Kawah, Kemasek, Terengganu.
Berpendidikan
Ijazah Sarjana Muda Seni Reka & Seni Lukis (Fesyen) dari Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sri Manjung Perak dari tahun 1997 - 2000
Kerjaya
beliau ialah Pegawai Khas kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia dan
sebelum ini beliau juga menjawat jawatan yang sama kepada Menteri Belia
dan Sukan Malaysia dari tahun 2009 - 2013.
Sepanjang
beliau menjawat jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman,
pelbagai aktiviti dan program yang telah beliau jalankan termasuklah
seperti Program Meraikan Anak-Anak Yatim dan Pembahagian Baju Raya,
Selain dari itu, pelbagai program sukan yang dianjurkan oleh Pergerakan
Puteri UMNO Bahagian Kemaman yang melibatkan keseluruhan ahli Puteri
UMNO dari setiap cawangan di Bahagian Kemaman.
Sebagai
Ketua Puteri UMNO yang prihatin, Asfalinda juga sering mengadakan
lawatan dan kunjungan terhadap ahli-ahli puteri yang baru melahirkan
anak, yang sedang uzur dan sakit termasuk juga kepada rakan-rakan pemuda
dan juga warga emas untuk menghulurkan sumbangan dan juga sokongan
moral. Keperihatinan beliau ini menjadikan beliau mudah didekati dan
disenangi oleh setiap orang.
Selain
dari Pergerakan Puteri UMNO, beliau juga aktif dalam persatuan belia
dimana beliau menyandang jawatan Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B
Malaysia Negeri Terengganu, Pengerusi Gerakwanis 4B Malaysia Negeri
Terengganu, AJK Majlis Belia Negeri, Negeri Terengganu, Pengerusi II
Majlis Belia Daerah Kemaman dan juga AJK Gerakan Belia 4B Malaysia
Daerah Kemaman.
Antara jawatan lain yang beliau sandang ialah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu Darul Iman. Pena Siber merasakan yang beliau layak untuk diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawan sebagai Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
#Asfalinda4excoPu3
Terima kasih.....
Undilah Calon Exco Puteri UMNO Malaysia
Asfalinda Bt Anuar Calon No 07
Sumber : MelakaInsider
0 comments:
Post a Comment