Sunday, 23 June 2013

Pengedaran Topeng Hidung & Mulut Secara Percuma Kepada Rakyat - Bukti Kerajaan Negeri Bertanggungjawab

Assalamualaikum WBT......


Hari ini semua sekolah di negeri Melaka telahpun diarahkan tutup berikutan peningkatan ipu jerebu yang sudah melepasi paras bahaya. Kerajaan negeri juga melalui pelbagai agensi telah menyebarkan segala maklumat yang perlu untuk diketahui oleh semua rakyat negeri Melaka.

YAB Ketua Menteri Datuk Wira Ir Hj. Idiris Haron telahpun mengarahkan agar 50,000 topeng Hidung & Mulut diedarkan kepada semua pelajar dan murid sekolah di negeri Melaka bermula dari hari Khamis (20/06/2012) yang lepas dan bersedia untuk menambah jumlah tersebut sekiranya ianya tidak mencukupi. Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga telah membekalkan sebanyak 25,000 topeng tersebut kepada pihak hospital dan 1,000 topeng untuk setiap DUN menjadikan 28,000 topeng untuk 28 DUN di Negeri Melaka ini. Ini menjadikan yang Kerajaan Negeri telah mengedarkan sebanyak 103,000 topeng kepada seluruh rakyat negeri Melaka dan bersedia untuk menambah jumlah tersebut dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Tindakan ini dilakukan berikutan kerajaan negeri sangat prihatin dengan masalah kesihatan yang dihadapi oleh semua rakyat negeri Melaka tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Berbeza dengan parti pembangkang yang tidak pernah melihat kebajikan rakyat sebaik sahaja mereka menang pilihan raya tempoh hari selain dari membuat huru-hara disana sini. Sekiranya mereka benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat, sudah tentulah mereka akan membantu rakyat di DUN yang mereka menang pada PRU13 dulu. Apalah sangat harga sekeping topeng yang boleh mereka sumbangkan pada setiap rakyat walaupun hanya pada pengundi mereka berbanding dengan nilai undi yang telah mereka dapat. Pena Siber dapati harga sekeping topeng tersebut yang dijual di kedai-kedai adalah cuma RM 0.50 sen sahaja dan kalau dibeli secara pukal mestilah harga tersebut akan menjadi lebih murah lagi!!

Perkara seperti inilah yang perlu dinilai oleh rakyat yang mana nampak jelas puak-puak "Perosak Rakyat" ini jelas hanya mahukan kuasa dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat..... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan....

* Si Pendek Perut Buncit Sedap-Sedap Berjalan-Jalan Demo di Kuala Lumpur.... Orang Bukit Katil Menggelupur!!!*

- Pena Siber -

0 comments:

Post a Comment