This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, 27 June 2013

YAB Ketua Menteri Perjelas Kekeliruan Isu Jonker Walk


Assalamualaikum WBT, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun.....



Beberapa hari ini pemimpin-pemimpin pembangkang terutama parti "biaDAP" di Melaka sibut memutar-belitkan isu Penutupan Jonker Walk.... Mereka ber"kuntau" kesana-sini untuk memainkan isu ini dan mendakwa yang UMNO menggunakan "politik balas dendam" ke atas kaum cina yang secara terang menyokong pembangkang semasa PRU yang lepas. Parti "hamPAS" juga tidak ketinggalan ingin menjadi "Jaguh Kampung" dengan menyelar tindakan kerajaan negeri sehingga ingin menganjurkan perhimpunan di Jonker Walk pada 28 Jun ini....

Berikutan dengan isu ini, Pena Siber mengeluarkan Penjelasan YAB Ketua Menteri yang Pena Siber petik dari Utusan Malaysia bertarikh 26 Jun 2013.

"Kerajaan negeri hanya membuat keputusan membuka semula jalan raya di sekitar Jonker Walk yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam. Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup. Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal hari ini yang memetik dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan pasar Jonker Walk oleh kerajaan negeri Melaka merupakan 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kwong Wah Daily hari Isnin lalu pula memetik kenyataan Idris yang berkata, mesyuarat anggota Exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Mengulas lanjut, Idris berkata, keputusan membuka semula jalan raya yang ditutup itu kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya. 

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan membuka jalan raya yang sebelum ini ditutup di Jonker Walk sebagai percubaan melihat sejauh mana keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang serius di sekitar Bandar Hilir.


Pena Siber: "Pembangkang ni memang sengaja nak menimbulkan huru-hara di negeri Melaka. Sebab mereka dah gagal menumbangkan kerajaan BN secara pilihanraya.... Sendiri mau ingatla orag melayu oiiii....!!!"

Sunday, 23 June 2013

Pengedaran Topeng Hidung & Mulut Secara Percuma Kepada Rakyat - Bukti Kerajaan Negeri Bertanggungjawab

Assalamualaikum WBT......


Hari ini semua sekolah di negeri Melaka telahpun diarahkan tutup berikutan peningkatan ipu jerebu yang sudah melepasi paras bahaya. Kerajaan negeri juga melalui pelbagai agensi telah menyebarkan segala maklumat yang perlu untuk diketahui oleh semua rakyat negeri Melaka.

YAB Ketua Menteri Datuk Wira Ir Hj. Idiris Haron telahpun mengarahkan agar 50,000 topeng Hidung & Mulut diedarkan kepada semua pelajar dan murid sekolah di negeri Melaka bermula dari hari Khamis (20/06/2012) yang lepas dan bersedia untuk menambah jumlah tersebut sekiranya ianya tidak mencukupi. Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga telah membekalkan sebanyak 25,000 topeng tersebut kepada pihak hospital dan 1,000 topeng untuk setiap DUN menjadikan 28,000 topeng untuk 28 DUN di Negeri Melaka ini. Ini menjadikan yang Kerajaan Negeri telah mengedarkan sebanyak 103,000 topeng kepada seluruh rakyat negeri Melaka dan bersedia untuk menambah jumlah tersebut dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Tindakan ini dilakukan berikutan kerajaan negeri sangat prihatin dengan masalah kesihatan yang dihadapi oleh semua rakyat negeri Melaka tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Berbeza dengan parti pembangkang yang tidak pernah melihat kebajikan rakyat sebaik sahaja mereka menang pilihan raya tempoh hari selain dari membuat huru-hara disana sini. Sekiranya mereka benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat, sudah tentulah mereka akan membantu rakyat di DUN yang mereka menang pada PRU13 dulu. Apalah sangat harga sekeping topeng yang boleh mereka sumbangkan pada setiap rakyat walaupun hanya pada pengundi mereka berbanding dengan nilai undi yang telah mereka dapat. Pena Siber dapati harga sekeping topeng tersebut yang dijual di kedai-kedai adalah cuma RM 0.50 sen sahaja dan kalau dibeli secara pukal mestilah harga tersebut akan menjadi lebih murah lagi!!

Perkara seperti inilah yang perlu dinilai oleh rakyat yang mana nampak jelas puak-puak "Perosak Rakyat" ini jelas hanya mahukan kuasa dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat..... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan....

* Si Pendek Perut Buncit Sedap-Sedap Berjalan-Jalan Demo di Kuala Lumpur.... Orang Bukit Katil Menggelupur!!!*

- Pena Siber -

Friday, 21 June 2013

Jerebu Makin Teruk - Keperihatinan Kerajaan Negeri Di Puji

Kerajaan Negeri Melaka mengambil tindakan tepat dengan mengedarkan 25,000 topeng penutup hidung dan mulut untuk kegunaan seluruh murid serta pelajar sekolah di daerah Melaka tengah berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.


Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Haron juga telah mengeluarkan arahan agar semua aktiviti luar murid serta pelajar sekolah hendaklah dihentikan serta merta dan juga mengarahkan agar Tadika Kemas, JAIM serta Perpaduan ditutup serta merta. Sehubungan dengan itu, Jabatan Ketua Meteri juga telah mengedarkan 25,000 Topeng tersebut kepada orang ramai serta Jabatan Kesihatan Negeri turut mengedarkan 25,000 unit topeng lagi untuk tujuan yang sama. YAB Ketua Menteri turut menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa peka dengan berita serta maklumat yang dikeluarkan oleh semua media dan jabatan yang bertanggungjawab. "Kerajaan Negeri akan menggunakan semua media yang ada termasuk Melaka FM, Melaka One Number Call Centre untuk terus memberikan maklumat kepada rakyat" ujar beliau.

Sementara itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin menyatakan yang bekalan topeng untuk kegunaan pejara dan murid sekolah akan diberikan secara berperingkat kepada semua sekolah di Negeri Melaka. Bekalan akan dihantar mengikut keutamaan kepada sekolah yang lebih memerlukan dahulu terutama di Daerah Melaka Tengah. Beliau turut menambah yang bekalan akan ditambah sekiranya tidak mencukupi. YB Datuk Md Yunos ditemui ketika Majlis Penyerahan 1000 Topeng di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek. Beliau turut menasihatkan agar rakyat dapat menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar rumah, memakai topeng serta banyak minum air masak.













Pena Siber...

*Foto ehsan Melaka Hari Ini*

Salam Perkenalan.........

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.....

Mencari Timba Si Anak Dara,
Dibawah Sarang Burung Tempua,
Salam Sembah Pembuka Bicara,
Selamat Membaca Untuk Semua.

Sayang Kumbang Mencari Makan,
Terbang Seiring Di Tepi Kali,
Setiap Bahan Yang Kami Kongsikan,
Moga Bermanfaat Dan Direstu Ilahi......

Salam Perkenalan,
Pena Siber